Tiba-tiba
nak menangis dengar kisah benar hari ini yang diceritakan oleh seorang alim di
barat. Ya Allah rindu mak temukan kami dalam syurga firdausMu.Seorang suami ni
ajak isterinya makan seperti biasa. Jom sayang kita pergi cuba makan sekian
tempat sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa.Isterinya diam
dan tiba-tiba cakap. Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain
untuk makan istimewa dengan abang.Suaminya terkejut dan tanya siapa pula
sayang. Isterinya jawab, ajaklah mak abang. Abang dah terlalu lama tak
meluangkan masa berbual dan makan dengannya. Saya sudah selalu. Pergilah.Suaminya
terkejut bercampur sedih dan terharu. Dia telefon ibunya dan ajak ibunya.
Ibunya terkejut. Hanya berdua nak..yer kita berdua mak..Dia pun bawa ibunya.
Makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu.
Berbual
panjang dan setelah itu. Ibunya senyum dan dia sangat gembira dapat makan dan
bercakap-cakap panjang dengan anaknya..
Tanya dia
pada ibunya. Ok ke ibu. Ibu seronokker?
Jawabnya
ibunya, yer anak. Susah-susah bawa mak ke sini. Seronok dapat bercakap-cakap
dengan kamu.
Nanti saya bawa ibu lagi yer.
Jawab ibunya, nanti ibu pula belanja dan
ajak kamu ke sini.
Setelah itu
dia pulang. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Sibuk dengan isteri dan
anak-anak setiap hari. Tidak sempat beri masa buat ibunya yang keseorangan.
Jumpa sekejap-sekejap sahaja.Satu hari dalam kesibukan dia terkejut dengar
ibunya sakit. Dia kelam kabut tinggalkan kerja kerana dia sayang ibunya. Bila
sampai ke hospital ibunya telah meninggal dunia. Dia sangat sedih dan menyesal.Tidak
berapa lama dia dapat kad dari tempat makan istimewa itu. Tempat makan untuk
dia dan isterinya sudah dibayar…Dia pun makan. Masa makan dia dapat sikit nota
dari siapa yang tempahkan tempat itu buatnya. Rupa-rupanya arwah ibunya.Kata
ibunya, terima kasih gembirakan ibu. Ibu nak balas dan tunaikan janji ibu. Ibu
tempah khas buat kamu dan isteri kamu. Selamat bergembira..Lelaki tadi dan
isterinya menangis teresak-esak.Itulah mak. Ya Allah tidak terbayar korban
mereka. Tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan gembirakan mereka. Malam
hari doa menangis pada Allah buat mereka.Kadang-kadang ada orang rasa hebat
baru khidmat sikit pada mak. Sebenarnya kita belum buat baik. Kita cuma balas
jasa mereka. Itu pun tak terbalas. Mereka mandikan kita dari kecil sehingga 0-6
tahun. Tukarkan pampers atau lampin 3 tahun. Siapkan makan minum paling kurang
17 tahun. Dukung 3 tahun. Cuci najis 5 tahun. Doa buat kita selagi mereka
bernyawa.Jadilah anak soleh. Ini bukan pilihan. Tapi perintah Allah yang wajib
dan teramat besar.Hargailah ibubapa dan ibubapa mertua kita. Sayangilah mereka.
Minta maaf. Buat baik. Jauhi yang haram.
No comments:
Post a Comment