tazkirah

Sedar atau tidak, kata-kata atau rungutan sebegini seringkali diungkapkan oleh insan yang hatinya tidak bahagia. Mungkin ada atau mungkin langsung tiada kebahagiaan dalam hatinya. Tiap hari dan tiap ketika, pasti ada sahaja yang tidak kena pada sudut pandangnya. Nah, itu tanda hatinya tidak bahagia!

Monday 11 April 2016

Resepi Oreo cheese cake




BAHAN2
1 bungkus oreo ( ikut suka korang la nk letak bpe bnyk yer)
250 ml cream cheese
200 ml whipping cream ( tp saya letak 250 ml sb bli yg dlm kotak dh bnyk abiskn je la kn )
50 gm  @ 5 sudu besar mentega/ marjerin
1/2 cawan gula halus 
CARA-CARA
  1. oreo dihancurkan ( msuk dlm plastik hancurkan)
  2. panaskan mentega / marjerin sehingga cair  setelah cair masukkan oreo yg telah dihancukan td ,  gaul hingga rata
  3. masukkan dlm bekas dan dimampatkan
  4. masuk dalam peti sejuk selama 20 - 30 minit
filling nye
  1. putar cheese cream n gula hingga kembang
  2. msukkan whipping cream pukul hingga kembang
  3. kemudian masukkan filling td ke ke atas oreo ( hentak ckit bg mampat)
  4. hias la dgn oreo ker  cklt ker  cheese ker ( ikut suka korang la)
  5. biarkan dlm peti sejuk hingga 4 - 6 jam pastu dh boleh dimakan

PESANAN 
buat cheese cake n senang jer ikut  suka korang la nk wat cmne yg saya bli ritu senang jer  just letak jer biskut oreo t n letak filling nye
nak buat mkn sendiri kn jd pandai2 la nk wat cmne kn  hihihi

SELAMAT MENCUBA.

Resepi Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka

Masa:
Penyediaan: 30 Minit | Memasak: 45 Minit | Keseluruhan: 75 minit
Jumlah Hidangan : 1

Bahan-Bahan:

Bahan untuk lapisan bawah
  • 250 gram beras pulut
  • 200 ml santan (sederhana pekat)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh minyak masak
Bahan untuk lapisan atas
  • 60 gram tepung gandum*
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung*
  • 70 gram gula pasir
  • 2 biji telur Gred A
  • 225 ml santan pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 150 ml air + 4 helai daun pandan (diblender dan tapis untuk dijadikan air pandan)
  • Pewarna hijau(optional)

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk lapisan bawah
  1. Bersihkan beras pulut dan rendam selama 10-20 minit
  2. Toskan beras pulut seketika
  3. Satukan kesemua bahan2 lapisan bawah.Kemudian letak dalam loyang, kacau supaya minyak masak sekata
  4. Kukus selama 30 minit
  5. Keluarkan loyang daripada periuk kukus,tekan pulut sehingga padat/mampat
  6. Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas
Cara-cara untuk lapisan atas
  1. Ayak bahan-bahan bertanda* dari bahan lapisan atas
  2. Satukan semua bahan(lapisan bawah)kemudian blander
  3. Tuang adunan tepung ke atas pulut tadi dan kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak
  4. Balut penutup periuk dengan aluminium foil atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih
  5. Sejukkan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.Siap
  6. tips:sblum tuangkan adunan tepung bewarna hijau,tuangkan sedikit adunan yg bewarna putih dahulu dan kukus sekejap, ini bertujuan supaya adunan warna hijau tidak meresap dicelah-celah pulut. .jadi baru nmpak kemas

ikan patin masak tempoyak

sedap kan ikan patin ni . nak buat sendiri senang je . 


Bahan bahan:
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam

Cara cara:
Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.



Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.


Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.  




Nota:
Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.

Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.

Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh
.

Laksa penang
















huhh, kalau balik selangor hari-hari makan laksa penang sebab orang kelantan buat lain sikit dari orang lua kelantan . my favourite


Bahan bahan
Laksa
2 kg ikan kembung - rebus & ambik isi
2 biji bawang besar
15 bawang merah
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kisar
22 keping asam keping
2 bunga kantan - belah 4
1 ikat daun Kesum
Garam

Bahan hiasan
Telur - rebus & belah 2
Timun - hiris
Salad - hiris
Bawang besar - hiris
Cili hidup - hiris
Limau kasturi - belah 2
Daun pudina - jika suka
Cili padi - jika suka
Otak udang - jika suka

Cara cara:
Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah. Blend isi ikan jangan sampai hancur kerana saya suka kuah yang terasa isi ikannya. Bahagian kepala ikan dan tulang diblend dan ditapis airnya.



Saturday 9 April 2016

Tazkirah Pendek

Ganjaran Amalan Digandakan Pada Jumaat

JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. 

Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah:


Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.

Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud) 


Membaca surah al-Kahfi. 

Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.

Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi) 


Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.

Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:

”Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."

Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh. 

Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang besar. 

Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah.

Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah mensyariatkan sembahyang Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah. 

Antara kepentingannya adalah: 


Mengukuhkan ikatan kasih sayang antara sesama Islam, yang mana ia adalah unsur terpenting bagi menjamin kekuatan umat Islam. 


Memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat kepada umat Islam melalui khutbah. Ia adalah peluang terbaik untuk memperbaiki kualiti diri. 

Pentingnya sembahyang Jumaat, Nabi memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Rasulullah bersabda bermaksud : “Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”

Sembahyang Jumaat ini terlalu penting. Oleh itu, bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan, Baginda meletakkan garis panduan kepada mereka yang menghadirinya. 

Perkara itu , bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. Antaranya adalah:


Mengemas diri dengan sebaik-baiknya dan mandi membersihkan dirinya. Ia agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk. 

Nabi bersabda bermaksud: ”Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)


Segera ke masjid dengan penuh ketenangan. 

Mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas. Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)

Wednesday 6 April 2016

Hargailah ibu

Tiba-tiba nak menangis dengar kisah benar hari ini yang diceritakan oleh seorang alim di barat. Ya Allah rindu mak temukan kami dalam syurga firdausMu.Seorang suami ni ajak isterinya makan seperti biasa. Jom sayang kita pergi cuba makan sekian tempat sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa.Isterinya diam dan tiba-tiba cakap. Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang.Suaminya terkejut dan tanya siapa pula sayang. Isterinya jawab, ajaklah mak abang. Abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengannya. Saya sudah selalu. Pergilah.Suaminya terkejut bercampur sedih dan terharu. Dia telefon ibunya dan ajak ibunya. Ibunya terkejut. Hanya berdua nak..yer kita berdua mak..Dia pun bawa ibunya. Makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu.
Berbual panjang dan setelah itu. Ibunya senyum dan dia sangat gembira dapat makan dan bercakap-cakap panjang dengan anaknya..
Tanya dia pada ibunya. Ok ke ibu. Ibu seronokker?
Jawabnya ibunya, yer anak. Susah-susah bawa mak ke sini. Seronok dapat bercakap-cakap dengan kamu.
Nanti saya bawa ibu lagi yer.
Jawab ibunya, nanti ibu pula belanja dan ajak kamu ke sini.


Setelah itu dia pulang. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap hari. Tidak sempat beri masa buat ibunya yang keseorangan. Jumpa sekejap-sekejap sahaja.Satu hari dalam kesibukan dia terkejut dengar ibunya sakit. Dia kelam kabut tinggalkan kerja kerana dia sayang ibunya. Bila sampai ke hospital ibunya telah meninggal dunia. Dia sangat sedih dan menyesal.Tidak berapa lama dia dapat kad dari tempat makan istimewa itu. Tempat makan untuk dia dan isterinya sudah dibayar…Dia pun makan. Masa makan dia dapat sikit nota dari siapa yang tempahkan tempat itu buatnya. Rupa-rupanya arwah ibunya.Kata ibunya, terima kasih gembirakan ibu. Ibu nak balas dan tunaikan janji ibu. Ibu tempah khas buat kamu dan isteri kamu. Selamat bergembira..Lelaki tadi dan isterinya menangis teresak-esak.Itulah mak. Ya Allah tidak terbayar korban mereka. Tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan gembirakan mereka. Malam hari doa menangis pada Allah buat mereka.Kadang-kadang ada orang rasa hebat baru khidmat sikit pada mak. Sebenarnya kita belum buat baik. Kita cuma balas jasa mereka. Itu pun tak terbalas. Mereka mandikan kita dari kecil sehingga 0-6 tahun. Tukarkan pampers atau lampin 3 tahun. Siapkan makan minum paling kurang 17 tahun. Dukung 3 tahun. Cuci najis 5 tahun. Doa buat kita selagi mereka bernyawa.Jadilah anak soleh. Ini bukan pilihan. Tapi perintah Allah yang wajib dan teramat besar.Hargailah ibubapa dan ibubapa mertua kita. Sayangilah mereka. Minta maaf. Buat baik. Jauhi yang haram.

T A Z K I R A H . Hati tidak tenang

“Ahh, asyik-asyik aku je yang kena!”
“Aduh, malangnya nasib aku hari ne..”
“Geram betul aku bila tengok dia tu.." 
Sedar atau tidak, kata-kata atau rungutan sebegini seringkali diungkapkan oleh insan yang hatinya tidak bahagia. Mungkin ada atau mungkin langsung tiada kebahagiaan dalam hatinya. Tiap hari dan tiap ketika, pasti ada sahaja yang tidak kena pada sudut pandangnya. Nah, itu tanda hatinya tidak bahagia!
Penyakit Hati